Pembaca Setia

Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Negara selaras dengan kelulusan kabinet bersetuju menaik taraf maktab perguruan kepada Institusi Pendidikan Guru yang boleh menganugerahkan ijazah pada 31 Julai 2005 . Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar dimana mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM.

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi 3 standard iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Antara strategi untuk meningkatkan kualiti guru ialah menyediakan program PISMP ini untuk meningkatkan kelayakan guru pada tahap ijazah. Cabarannya ialah untuk memenuhi sasaran 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010.

Program ini mengambil kira para pelajar dapat menguasai semua 3 indikator yang telah ditetapkan untuk melahirkan guru berkualiti. Guru berkualiti diharapkan akan dapat memberi pendidikan berkualiti dalam usaha untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi mencapai hasrat wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.

Kurikulum PISMP juga bersifat holistik atau menyeluruh, mengintegerasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai atau disposisi. Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education)

Akhirnya mesyuarat pertama Senat IPGM pada 9 Disember 2010 telah bersetuju meluluskan seramai 1986 calon bakal guru untuk dianugerahkan ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian. Diharapkan graduan yang akan dianugerahkan ijazah ini akan dapat memenuhi 4 tonggak pembangunan dan kemajuan negara pada masa kini iaitu untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Pelan Tranformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10.

17 May 2010

Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah

Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu guru sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja.

Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian murid-muridnya.

Implikasi ke atas proses Pengajaran dan Pembelajaran

Mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan iaitu:

  1. Tiada masalah pengajaran dan pembelajaran
  2. Tiada masalah disiplin
  3. Tiada masalah pengurusan dan kepimpinan
  4. Tiada masalah keceriaan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin